Selasa, 5 November 2013

Trip Jalan-jalan

I-city shah alam
 
 
Masa aku datang melawat rumah Meen kat Shah Alam ari tu, tak terpikir lak nak jalan2 kat satu tempat yang menarik yang betul-betul berdekatan ngan rumah Meen tu... namanya I-city... mula-mula masa aku sampai je kat rumah dia, dia ada ajak nak gi I-City. aku pun ikut la dia gi bank kat situ, tapi masa tu waktu tengahari. Jadi aku pun tertanya-tanya, apa yang menarik sangat tempat ni sampai diwar-warkan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Tapi bila Meen ajak waktu malam pulak, baru la aku setuju yang tempat ni memang best. Patut la pun, nak jadikan dia menarik sebab pokok-pokok yang ada kat situ memang cantik ngan bercahaya tambah pulak dengan berwarna-warni lagi tu. Memang happening, ramai yang datang sampaikan takde parking. Nasib la aku ngan Meen jalan kaki je g situ... Masuk-masuk je, macam2 ada... Aku ngan Meen memilih untuk masuk Rumah Salji kat dalam tu... Harga dia RM15 tapi kalau guna mykad la... Dalam tu sempat snap macam2 gambar... patung Santa Claus pun ada... maklum la malam Krismas pun... yang paling aku takleh lupa naik kasut gergasi, memang gerun naik tu... tapi syok pun ada, cuma yang leceh punya lama nak tunggu, ramai sangat yang main... sampai kaki aku jadi pedih sebab sejuk sangat kat dalam tu... tapi memang berbaloi..... haha....





 
 
 
 
 
Family Day @ Pulau Pangkor
 
Ini la satu perkara yang aku anggap berjaya apabila aku dapat anjurkan family day kat Pulau Pangkor. Saje nak kumpulkan keluarga aku walaupun tak semua yang ikut. Mula-mula pagi tu, kami semua terus ke jeti Marina Island untuk naik feri ke Pulau Pangkor. Harga tiket rm10 seorang. Feri ke Pulau Pangkor mungkin dah diupgradekan berbanding yang aku naik sebelum ni. Samapai jeti Pulau Pangkor, Abg Man sewa van untuk pusing satu pulau. Di antara tempat yang sempat pergi, Kota Belanda (tempat peninggalan sejarah), Pekan Pangkor dan Teluk Nipah. Dapat la pusing satu pulau walaupun tak semua tempat kami singgah. Selesai pusing pulau, kami turun jeti Marina Island untuk singgah ke teluk Batik, tempat feveret untuk mandi-manda... Memang feveret sangat sebab petang-petang yang dah nak larut senja pun masih ramai orang kat sana... fit katakan.. Aku ngan anak-anak sedara aku sempat naik banana... takut gak sebab first time naik... tapi aku tahan gak sebab nak rasakan pengalaman naik benda tu... Selepas tu layan mandi manda la pulak, dah lama tak mandi laut... haha...






 
 
 
 
 
Jalan2 Kenduri Din @ Pendang
 
 
Trip ni memang aku serba salah sebab dua orang kawan aku (satu di utara- Kedah, satu lagi selatan - Johor Baharu) buat kenduri kahwin pada hari yang sama. Tapi aku memlih untuk gi kenduri Din kat Pendang, Kedah sebab dapat la jumpa balik member-member persekolahan kat Penanti dulu. Lagipun balik nanti leh terus balik kampung aku kat Perak je.. Memang seronok sebab ramai member-meber lama yang dapat hadir dan berkumpul kat Bukit Mertajam... Kat Bandar Perda, kami melepak kat Nasi Kandar Nasmir, tempat yang aku selalu lepak sampai larut malam masa aku masih belajar kat Penanti dulu. Betul-betul dapat mengamit memori. Cuma tak dapat nak jalan-jalan sangat sebab plan gi utara pun singkat sangat.



 
 
 
 
Bercamping @ Kenaboi Team Adventure, Jelebu
 
Inilah pengalaman pertama aku berkamping kat salah satu tempat yang dikhaskan untuk berkelah sambil beriadah... kat sini banyak benda yang boleh diterokai, walaupun mungkin tak ramai yang tahu tempat ni. Azizan tiba-tiba ajak aku kat tempat ni sebab dia tahu aku suka ikut ke tempat yang menguji ketahanan lasak. Hari pertama, semua orang yang datang dapat masuk ke gua yang tak berapa besar, tapi boleh la tahan... Malam tu kami layan karaoke, cuma aku jadi penonton je lah, walaupun aku suka menyanyi gak... Hari kedua, Azizan ajak aku naik motor scrambler menjelajah kawasan kat sana... memang best layan cuma takut2 ckit masa nak turun bukit.... Balik ke kem, semua ahli tengah layan tubbing, memang best sampai aku ulang berapa kali walupun pada awalnya takut nak main... rupanya senang jer... hehe... Petang tu baru la kami dibawa ke pokok besar  ala Avatar... memang besar dan mengagumkan jugak... sebab tengah2 batang pokok tu kami leh duduk kat dalam dan ada tangga lak...




 
 
 
 
 
Mendaki Gunung Datuk, Rembau
 
 
Salah satu aktiviti yang aku minat iaitu panjat gunung.... memang aku akan join kalau ada yang ajak... sebab ia mencabar ketahanan aku... Sekali lagi aku berkombinasi ngan Azizan untuk tawan Gunung Datuk... Masa aku datang tu hari hujan, jadi kami tunggu dalam 1/2 jam gak untuk mulakan pendakian.. Tak ramai yang datang masa tu, mungkin sebab dah pukul 11 pagi.. Kalau awal pagi mungkin ramai orang... Yang buat lagi mencabar bila tanah licin dan berselut... kalau tak berjaga2 boleh tersungkur... Sampai puncak memang best sebab udara nyaman dan sejuk je... Lagi sedap bila dapat hirup milo panas yang Azizan bekal.. memang lega dan hilangkan penat yang ada... Cuma aku tak naik puncak batu yang ada kat atas tu, sebab kasut aku pun tak sesuai dan tapak licin... Masa turun tu, memang sabar je la sebab licin yang amat... 3 kali gak aku jatuh tersembam... tapi puas hati la dapat habiskan pendakian walupun penant sangat....







 
 
 
 
 
 

Jumaat, 19 Oktober 2012

AHLI WARIS - ASHABUL FURUDH DALAM PUSAKA ISLAM

*  Fasa terakhir dalam menunaikan hak dan liabiliti harta pusaka iaitu:

1. Perbelanjaan pengkebumian/pengurusan jenazah.
2. Pelunasan hutang.
3. Pelaksanaan wasiat.
4. Harta sepencarian.
5. Hak waris/pembahagian harta pusaka kepada waris.

* PERANAN PENTING BERKAITAN WARIS

- Mengenal pasti ahli waris atau bukan ahli waris.
- Mengenal pasti bahagian/habuan/fardhu setiap ahli waris yang berhak.

* RUKUN DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM

-  Al-Muwarith : pewaris
- Al-Warith : ahli waris
- Al-Mawruth : harta pusaka

Selasa, 8 Mei 2012

Pengenalan Ilmu Faraid

assalamualaikum..... Di sini saya ingin berkongsi salah satu ilmu yang amat jarang diperkatakan... walaupun ilmu ini adalah ilmu yang disebut di dalam Al-Quran.
*PENDAHULUAN
Ilmu Faraid dikenali juga dengan Ilmu Mawarith, Fiqh Mawarith, Ilmu Tarikah.
Ilmu Faraid ialah ilmu yang berkaitan dengan peraturan fiqh dan matematik (hisab), yang boleh mengetahui orang yang berhak terhadap harta pusaka dan bahagian setiap ahli daripada harta peninggalan si mati.
*ASAS PEMBAHAGIAN DALAM FARAID
Harta pusaka, iaitu cara pembahagian harta tersebut kepada ahli waris yang berhak menurut ketetapan Allah s.w.t. dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
*PENGASAS ILMU FARAID
1. Allah s.w.t. seperti dijelaskan dalam Al-quran, Surah A-Nisa' (4)
2. Penjelasan oleh Rasulullah s.a.w. dan keputusan Rasulullah s.a.w. melalui sunnahnya dalam kes-kes tertentu, seperti kes pusaka nenek dan pusaka dhawi al-arham.
* KEISTIMEWAAN ILMU FARAID
1. Pengasas ilmu faraid adalah Allah s.w.t. dan penjelasan oleh Rasulullah s.a.w.

2. Ilmu faraid dianggap sebahagian daripada ilmu kerana ia berkaitan dengan manusia pada masa hidup dan selepas kematian.

3. Mempelajari ilmu faraid adalah wajib sebagai fardu kifayah. Galakan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat Ibnu Majah dan riwayat Abu Daud.

4. Matlamat terakhir faraid ialah untuk memastikan keadilan kepada waris iaitu dengan cara memberikan hak kepada setiap waris yang berhak dalam pembahagian harta pusaka.

* PERANAN ILMU FARAID

1. Mengenal pasti kedudukan seseorang sama ada dia ahli waris atau bukan ahli waris.

2. Mengenal pasti bahagian/saham setiap ahli waris yang berhak kepada harta pusaka.

3. Pengiraan (hisab) yang boleh menyampaikan kepada bahagian/saham setiap waris melalui kaedah pengiraan/ matematik.

* SUMBER PENSYARIATAN ILMU FARAID

1. Al-Quran : ayat 7 Surah An-Nisa', ayat 75 Surah Al-Anfal, ayat 11, 12 dan 176 Surah An-Nisa'.

2. Hadis.

   " Dari Ibnu Abbas r.a. : Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak". Riwayat Bukhari dan Muslim.

3. Ijmak para sahabat Nabi s.a.w.

4. Ijtihat para sahabat Nabi s.a.w.

* MAKSUD HARTA PUSAKA

- Semua harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati sama ada harta alih atau harta tak alih atau apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya.

- Menurut Wahbah harta pusaka adalah merangkumi apa sahaja peninggalan milik si mati termasuklah:

1. Harta berbentuk ain, alih atau tak alih.

2. Mata wang (nuqud)

3. Hak atau kepentingan si mati atau manfaat

4. Diat di atas pembunuhannya.

 

Rabu, 3 Ogos 2011

Kerja Oh Kerja


Hidup di dunia ni, manusia yang waras memerlukan kerja untuk meneruskan kehidupan. Kalau takda kerja, maka hidup takda makna.Dalam bekerja pulak, ada yang halal, ada yang haram, ada juga yang syubhat. Ini terpulang kepada individu, mana satu yang mereka nak pilih. Adakah nak hidup senang tapi harta tak berkat, atau hidup susah tapi harta bersih dari perkara yang haram. Ada juga hidup senang, malah penuh dengan keberkatan. Atau hidup susah, malah harta tak cukup2..... pilih lah jalan mana nak ikut.... itu la namanya hidup.... tak sah kalau tak melalui jalan yang disebut tadi......
Kenapa manusia tamak?
Mungkin hatinya tak bersyukur dengan apa yang dia dapat... dah dapat betis nak peha.... Allah dah tetapkan rezeki manusia ni tahap mana yang Dia kehendaki..... kalau banyak tapi masih tak bersyukur itu namanya kufur... tapi kalau sikit, pun dah rasa cukup, itulah manusia yang bersyukur. sebab hatinya bersih dan redha ngan apa yang dia dapat......
Ada juga manusia yang dengki ngan nikmat org lain..
kalau ada orang yang dapat sesuatu yang berharga, manusia yang berhati busuk ni akan cuba untuk menjatuhkan orang lain, supaya dia akan dapat apa yang org lain dapat.... dalam kehidupan ni, kalau takda yang hati dengki maka seolah-olah tak lengkap kejadian kat muka bumi ni.... faktornya apa? bisikan syaitan yang selalu menggoda manusia supaya bencikan kebenaran..... mungkin dah jauh dari tajuk asal, tapi sifat dengki mendengki ni banyak berlaku di tempat kerja.... ada juga yang pandai memanupulasikan keadaan.. sampai org lain yang jadi kambing hitamnya...... org lain yang kena fitnah, dia yang yang dapat manfaat..... kejam sungguh hati manusia ni..... itulah berjayanya kerja syaitan, kerna itulah, org yang suka mendengki ni, patut dijauhi, kalau diceritakan perkara yang menyeronokkan bagi kita, dia dengki, kalau diceritakan perkara yang buruk bagi kita, dia akan jadikan sebagai alat untuk menjatuhkan kita.... sebab itu org yang kuat dengki ni, banyak yang bersifat munafik, putih nampak di depan... tapi hitam kalau di belakang kita..... cakap pun halus macam garam bukit halagel, mmg pandai tarik perhatian org lain, supaya dia nampak elok je..... itulah manusia yang tak tau malu dengan Allah... Nauzubillah.

Aku menulis untuk aku dan semua

assalamualaikum...... salam sejahtera. sekarang aku nak mulakan tulisan aku di blog, sebagai nak berkongsi apa yang patut dapat dikongsikan bersama dengan pembaca.... mungkin tak ramai... tapi sekurang-kurangnya ada info dan ilmu yang berguna untuk kita amalkan bersama. info yang aku tulis adalah dari hati aku sendiri. apa yang aku nak kongsi.... baca jelah.... wassallam.